Skuad Penyu berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA selepas mengenepikan cabaran Perak pada pusingan kedua malam tadi. Kemenangan 1-0 sudah cukup buat anak-anak buah Mat Zan Mat Aris untuk ke pusingan seterusnya dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA yang di menangi musim lalu.
Bermain di hadapan penyokong sendiri Skuad Penyu jelas menguasai permainan dengan kawalan bola serta hantaran-hantaran pendek yang cuba mencari Forkey Doe di hadapan. Muslim Ahmad yang buat pertama kalinya mengenakan lilitan kapten pada lengannya di benteng pertahanan bersama-sama Faizal, Zubir dan juga Mazlizan cemerlang mengagalkan setiap serangan Perak yang di ketuai Akmal Rizal. Ismail Faruqi dan Shukor Jusoh juga cukup berkesan memainkan peranan di bahagian tengah bagi mengerakkan setiap serangan ke kubu lawan.
Pada Minit ke-35 Terengganu hampir berada di hadapan menerusi sepakan percuma yang diambil Ismail Faruqi namun tendangannya sekadar mengegar palang gol. Keresahan penyokong-penyokong akhirnya terlerai apabila Ashaari Shamsudin menjaringkan gol di minit akhir separuh masa pertama berpunca dari sepakan percuma yang di ambil Forkey Doe.
Bersambung separuh masa kedua Perak dilihat garang dengan serangan-serangan ke kubu Terengganu. Peluang terbaik mereka hadir menerusi pemain import Popovic tetapi rembatanya terkenal tiang sebelah kiri Sharmiza. Ketangkasan Nasril telah menyelamatkan gawangnya dari terus dibolosi barisan depan Terengganu terutamanya dari percubaan Ismail Faruqi dan juga Joseph Kalang Tie. Keputusan 1-0 ini kekal sehingga tamat perlawanan.
Terengganu akan berkunjung ke Jalan Besar pada 24.3.2012 bagi menghadapi perlawanan pertama berdepan Lions XII.
No comments:
Post a Comment