Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Penyu Gagal Ulangi Kejayaan 2001



Terengganu gagal mengulangi kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 2001 apabila tewas kepada Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi final di Stadium Shah Alam malam tadi. Kekalahan ini juga mengagalkan hasrat Terengganu dalam misi merangkul kejuaraan berganda musim ini selepas muncul juara Piala FA Jun lalu.
Sepanjang 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan seimbang dengan asakan ke kubu lawan masing-masing. Namun keadaan padang yang tidak rata merencatkan sedikit permainan terutama bila bermain hantaran bawah.
Skuad Irfan Bakti terlebih dahulu menceriakan 35,000 penyokong Skuad Penyu apabila Ashaari Samsudin menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-59. Gol ini nampak baik buat Skuad Penyu untuk menjuarai Piala Malaysia kali kedua namun gol mudah yang diberikan Sharbinie Allawee pada minit ke-81 hasil rembatan Kunalan yang gagal ditangkap kemas telah merencatkan rentak pemain Terengganu yang lain. Hasilnya tonggak utama Negeri Sembilan Hairudin Omar menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya pada minit ke-86 selepas menyudahkan hantaran lintang Shukor Adan.
Walaubagaimana pun musim 2011 merupakan detik gemilang buat Skuad Penyu setelah berjaya menjuarai Piala FA, Naib Juara Liga Super dan Naib Juara Piala Malaysia.
Tahniah…!!! Buat Skuad Penyu


1 comment: