Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Penyu pilihan Faizal



Pemain Harimau Muda A Faizal Muhamad yang di pinjamkan ketika mengharungi kempen Piala Malaysia baru-baru ini bersedia untuk menyarung jersi Terengganu musim depan. Aksi cemerlang beliau ketika di gandingkan bersama kapten pasukan Marzuki Yusof di benteng pertahanan telah menarik perhatian pihak pengurusan PBSNT dan berminat untuk mengikatnya pada musim depan.

Pemain yang berasal dari Marang ini bersetuju untuk menyarung jersi Skuad Penyu sebaik sahaja kontraknya bersama Harimau Muda A selesai. Faizal menjelaskan kontraknya bersama Harimau Muda A akan tamat pada 31 Disember ini dan akan minta di lepaskan bagi membolehkan beliau menabur bakti bersama negeri kelahirannya. “Ya, saya minta dilepaskan daripada skuad Harimau A musim depan untuk beraksi bersama skuad Terengganu yang sudah menyatakan kesediaan untuk melamar saya” ~ katanya.

Selain itu Faizal memberitahu keputusannya untuk mewakili Terengganu musim depan adalah untuk membantu Terengganu selepas kecewa gagal mendakap trofi Piala Malaysia musim ini.




1 comment: