Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad T-Team 2012



Kehilangan beberapa tonggak utama seperti Indra Putra, Azizi Mat Rose, Norfarhan Mohamad serta Haris Safwan yang berhijrah ke pasukan lain sedikit menjejaskan persiapan pasukan yang lebih mantap pada musim ini. Namun kemasukan pemain baru seperti Faiz Subri, Iqbal Suhaimi, Fadzli Shaari, Zharif Hasna. Suhardy Alby, Wan Khairul Faiz, Wan Aliff Wan Jasni serta 2 pemain import Bojan Petric dan Zacharia Simukonda di jangka dapat mengimbangi kekosongan yang di tinggalkan.

Kejayaan mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan juga menduduki tangga ke-9 Liga Super musim 2011 sudah pasti mahu di perbaiki oleh pihak pengurusan T-Team dengan pencapaian yang lebih cemerlang pada musim ini. Di posisi penjaga gol Yunus Alif mempunyai 2 pilihan penjaga gol yang berpengalaman serta mampu mempamerkan aksi konsisten untuk diturunkan iaitu Syamsuri Mustapa dan Iqbal Suhaimi.

Barisan pemain pertahanan yang terdiri daripada Dzaiddin Zainuddin, Shahril Faizal, Aliff Alias, Hassan Basri serta Hasbullah Awang mampu beraksi cemerlang jika diturunkan. Namun Yunus Alif dijangka mengandingkan Norfazli Alias bersama pemain import Bojan Petric di barisan pertahanan tengah. Sementara kapten pasukan Rosdi Talib serta Shahrul Ezrain akan diberikan kepercayaan mengemudi pertahanan kiri dan kanan. Zairo dan juga Tengku Hasbullah mempunyai tugas berat memainkan peranan cukup penting sebagai arkitek pasukan di bahagian tengah pasukan. Manakala Faiz Subri dijangka akan mengisi bahagian sayap bersama Khairul Faiz Kamarudin. Zharif Hasna serta Azrul Hazran Amiludin juga menjadi pilihan dan bakal diberi peluang oleh Yunus Alif untuk beraksi.


Di jentera serangan pula pilihan utama Yunus Alif adalah gandingan Zacharia Simukonda bersama Fadzli Shaari bagi merobek pintu gol lawan. Musim ini Yunus Alif akan menghadapi cabaran lebih getir dalam misi meraih kejuaraan serta kekal dalam Liga Super 2013. Berikut adalah senarai penuh barisan T-Team musim 2012.

Pengurus 
YB Rozi Mamat

Jurulatih 
Yunus Aliff 

Pemain
1. Syamsuri Mustapa
2. Iqbal Suhaimi
3. Suhardy Alby
4. Dzaiddin Zainuddin
5. Shahrul Ezrain Shamsudin
6. Alff Alias
7. Norfazli Alias
8. Shahril Faizal Saifuddin
9. Rosdi Talib
10. Hasbullah Awang
11. Bojan Petric
12. Hassan Basri A.Ridzuan
13. Tengku Hasbullah Raja Hassan
14. Zharif Hasna
15. Wan Khairul Faiz Kamarudin
16. Zairo Anuar Zailani
17. Azrul Hazran Amiludin 
18. Faiz Subri
19. Ahmad Ezrie Shafizi 

20. Mohd Saiful Azrin 
21. Badrul Hisani A.Rahman
22. Mohd Saufi Saadi
23. Fadzli Shaari
24. Wan Mohd Aliff Wan Jasmi
25. Zacharia Simokonda



1 comment:

  1. suhardy alby tidak bermain utk T-Team bg musim 2012.ini adalah satu kerugian kerana beliau merupakan seorang goal keeper yang baik dan berbakat besar. harap beri penjelasan...

    ReplyDelete